Wednesday, March 16, 2022

JENIS PANADOL DAN KEGUNAANNYA

Jangan silap makan panadol, ini jenis-jenis panadol yang wajib kita tahu fungsi dan kegunaannya.....

Berikut beberapa jenis-jenis panadol yang dijual di pasaran, dos yang dicadangkan dan fungsi seperti yang dikongsi pegawai farmasi tersebut.


1) Panadol Optizorb (PCM 500mg)

PCM jenis itu mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Hasilnya, ubat akan lebih cepat hancur di dalam badan dan PCM lebih mudah dan cepat diserap. Kesannya dapat dirasai seawal 15 minit.

PCM jenis itu tidak mempunyai sodium, jadi ia sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.


2) Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)

Sodium berfungsi mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil. Jadi, kita akan dapat merasakan kesannya dengan lebih cepat kerana kandungan sodium tinggi.

Namun, panadol jenis itu tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.


3) Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)

Kafein digunakan untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat. Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain.

Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mempunyai kandungan kafein.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.


4) Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)

Ddigunakan oleh pesakit yang sukar untuk menelan ubat jenis tablet. Mudah sahaja, caranya, hanya larutkan ubat dalam satu gelas air.

Memandangkan PCM ini mempunyai kandungan sodium yang tinggi, ia tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.


5) Panadol Extend (PCM 665mg)

Mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat.

Kesan ubatnya akan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan ia sesuai untuk pesakit kronik.

Dos: 2 biji setiap 6 hingga 8 jam 3 kali sehari.


6) Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)

Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid.

Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

“Ingat ya, maksimum dos untuk PCM hanya 4000 miligram atau 4 gram sehari sahaja. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya."


Sumber: Sinar Harian


No comments:

Post a Comment

Zurich Takaful

  Produk Takaful Perkara berlaku. Tetapi mempunyai penyelesaian takaful yang betul boleh memudahkan menghadapi perkara yang tidak dijangka...