Showing posts with label Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Hartanah. Show all posts

Sunday, February 27, 2022

RISIKO MEMBELI RUMAH 'DIRECT OWNER'

 

Memiliki sebuah rumah menjadi impian semua orang, tidak kira rumah itu besar atau kecil asalkan ia selesa untuk dihuni. Walau bagaimanapun, proses pembelian rumah bukan satu hal yang mudah, banyak hal yang perlu dititikberatkan.

 

Salah satunya adalah soal mencari ejen yang boleh dipercayai supaya anda tidak ditipu. Menerusi akaun Facebook milik Zulkeffly Adimun, beliau kongsikan kisah seorang pembeli rumah yang ditipu.

 

Cuma bezanya dalam kes ini, pembeli ini tidaklah ditipu oleh ejen, malah sebaliknya oleh pemilik rumah sendiri. Nak tahu lebih dalam? Ikuti perkongsian kisah di bawah dan semoga ia boleh memberi manfaat dan pengajaran.

 

KENA SCAM DENGAN OWNER???

Biasa yang kita dengar tuduhan kepada ejen “markup harga, sebab tu harga mahal. Kalau beli direct owner mesti ko dapat lebih murah”.

 

Ini terdapat satu kes, pembeli telah di’tipu’ oleh owner. Kisahnya begini:

 

Pembeli membeli rumah secara terus dari pemilik rumah tanpa melalui ejen. Tidak pasti kenapa tidak melalui ejen. Antara sebab yang mungkin ialah, pembeli tidak percaya kepada ejen atau pemilik tidak mahu menggunakan ejen sebab ingin jimat duit yuran ejen atau sebab-sebab lain.

 

Dalam kes ini, pada awalnya bank telah pun meluluskan pembiayaan sebanyak RM255k kepada pembeli. Tetapi setelah beberapa proses berlalu, pihak bank sebagaimana biasa akan menilai semula melalui jurunilai daripada panel yang dilantik oleh pihak bank. Harga yang dinilai oleh jurunilai adalah lebih rendah daripada daripada harga yang dijual oleh pemilik.

 

Tahu berapa bank luluskan? Hanya RM189,000 berbanding harga yang dijual oleh pemilik.

 

Apa kesannya kepada pembeli? Pembeli telah pun membayar deposit 10% kepada pemilik, dan duit itu telah pun habis dibelanjakan.

 

Kini pembeli amat tersepit kerana terpaksa membayar lagi RM40,000 tunai. Sedangkan semua wang simpanannya telah pun habis.

 

Apa cara nak bantu pembeli ini? Nasihat saya ialah pastikan anda membeli melalui laluan yang betul. Biar rugi sedikit jangan merana berpanjangan.

 

Ini satu contoh kerugian yang dihadapi oleh pembeli kerana ingin membeli secara terus daripada penjual. Harga kebiasaannya diletak mengikut harga jiran-jiran sebelah. “Kalau jiran aku boleh jual rumah harga RM255k, kenapa aku tak boleh jual harga ni?”

 

Sebenarnya harga rumah bukan boleh letak ikut harga jiran sebelah rumah atau depan rumah. Harga sepatutnya dinilai oleh mereka yang bertauliah dan berpengalaman di kawasan tersebut.

 

Apabila perkara ini berlaku, hubungi peguam anda dan lihat klausa di dalam Perjanjian Jualbeli yang seharusnya juga melindungi anda sebagai pembeli.

 

Jika tiada klausa yang boleh menyelamatkan anda, anda terperangkap dalam proses jualbeli yang anda sendiri mulakan.

 

Ingat, bijak lah dalam membuat keputusan terutama dalam membeli rumah.


Sumber: Siakap Keli

Sunday, February 20, 2022

Nak Beli Rumah Murah, Rumah Banglo, atau Rumah Kondo Moden dengan penuh ciri keselamatan?

Mahu beli sebuah hartanah bukanlah satu keputusan mudah untuk kita lakukan. Banyak faktor yang perlu diambil kira oleh pembeli sebelum membuat keputusan membeli sesebuah hartanah. Terutamanya bagi pembeli yang telah berkeluarga serta mempunyai anak-anak yang ramai.

 

Faktor-faktor inilah yang akan digunakan sebagai panduan untuk memilih jenis kediaman yang bersesuaian dengan kemampuan. Apa yang penting, kediaman ini memberikan keselesaan buat seisi keluarga untuk didiami.

Berikut adalah faktor-faktor yang boleh diambil kira sewaktu membuat pemilihan jenis kediaman untuk dibeli.

 

1. Faktor Kewangan

Paling penting, buat semakan awal tentang kewangan anda sebagai pembeli. Apakah jenis kediaman yang bersesuaian dengan kewangan anda. Kebiasaannya, kediaman jenis apartment adalah lebih murah harganya berbanding dengan kediaman rumah landed. Lebih menguntungkan lagi, kadar sewa apartment lebih mahal jika dibandingkan dengan rumah landed.

Jika tujuan anda membeli kediaman jenis apartment untuk disewakan, sebenarnya anda akan dapat menjana keuntungan aliran tunai yang positif. Ini kerana anda masih mempunyai baki hasil duit sewa walaupun setelah anda membuat pembayaran ansuran kepada pihak bank.

 

2. Faktor Ruang

Bagi anda yang telah berkeluarga, pastinya faktor ini memainkan peranan yang cukup penting. Ramai yang lebih tertarik dengan hartanah jenis rumah landed disebabkan oleh ruangnya yang besar untuk didiami berbanding dengan apartment.

3. Faktor Privasi

Tidak dinafikan, ada yang mengambil faktor ini sebagai satu faktor utama dalam membuat pemilihan ketika hendak membuat pembelian. Ini kerana, ramai yang menginginkan suasana yang sunyi dan tahap kepadatan penduduk yang rendah.

Jika kediaman jenis apartment, pastinya privasi yang anda inginkan tidak memuaskan disebabkan oleh kejiranan yang padat dan ramai. Sebaliknya pula jika dibandingkan dengan kediaman jenis landed.

 

4. Faktor Keselamatan

Bagi hartanah jenis kediaman apartment, kebiasaannya segala kos seperti kawalan keselamatan juga pengurusan sampah perlu ditanggung oleh penduduk. Kadar kosnya juga jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kediaman rumah landed.

Namun begitu, sekarang, telah banyak pembangunan rumah landed yang mengutamakan keselamatan atau mempunyai kemudahan seperti rumah high-rise dengan kos pengurusan yang lebih kurang sama.

 

5. Faktor Pemilikan

Ramai pembeli hartanah yang masih memandang penting akan faktor ini dimana jenis kediaman rumah adalah berstatus pegangan bebas (freehold). Ini disebabkan oleh stigma masyarakat bahawa kediaman jenis leasehold adalah lebih sukar untuk dijual dan harganya susah untuk naik.

Jadi, tidak kiralah kediaman jenis apa sekalipun, sama ada high rise seperti kondominium dan apartment atau landed, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Apa yang penting adalah keperluan kita sebagai pengguna atau penduduk yang akan menetap di kawasan tersebut.

 

HAB Hartanah boleh bantu anda mengikut faktor keperluan masing masing.

Moga impian memiliki rumah anda tercapai.


Thursday, February 17, 2022

Hartanah

DEFINISI

 

Harta tanah atau hartanah (Jawi: ‏هرتا تانه/ هرتانه‎‎; Bahasa Inggeris: real estate) ialah sebuah istilah undang-undang yang merujuk tanah bersama dengan apa pun yang tinggal tetap di atas tanah tersebut, seperti bangunan, beserta sumber aslinya. Hartanah sering dianggap sinonim dengan real property, berbeza dengan harta alih. Namun, dalam penggunaan tekniknya, beberapa orang tetap memilih pembezaan antara harta tanah, menunjuk ke tanah dan benda di atasnya, dengan real property, menunjuk ke hak pemilikan atas harta tanah. Istilah hartanah dan real property utamanya digunakan dalam common law, sedangkan mahkamah undang-undang sivil menunjuk ke hak milik tak alih.

 

Menurut terminologi undang-undang pada beberapa kehakiman adalah merupakan suatu barang tidak bergerak yang mencakup tanah beserta segala suatu yang berada diatasnya misalnya bangunan, tanaman dan lain-lain.


Sumber Wikipedia - Hartanah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Zurich Takaful

  Produk Takaful Perkara berlaku. Tetapi mempunyai penyelesaian takaful yang betul boleh memudahkan menghadapi perkara yang tidak dijangka...