Mahu beli sebuah hartanah bukanlah satu keputusan
mudah untuk kita lakukan. Banyak faktor yang perlu diambil kira oleh pembeli
sebelum membuat keputusan membeli sesebuah hartanah. Terutamanya bagi pembeli
yang telah berkeluarga serta mempunyai anak-anak yang ramai.
Faktor-faktor inilah yang akan digunakan sebagai
panduan untuk memilih jenis kediaman yang bersesuaian dengan kemampuan. Apa
yang penting, kediaman ini memberikan keselesaan buat seisi keluarga untuk
didiami.
Berikut adalah faktor-faktor yang boleh diambil
kira sewaktu membuat pemilihan jenis kediaman untuk dibeli.
1. Faktor Kewangan
Paling penting, buat semakan awal tentang kewangan
anda sebagai pembeli. Apakah jenis kediaman yang bersesuaian dengan kewangan
anda. Kebiasaannya, kediaman jenis apartment adalah lebih murah harganya
berbanding dengan kediaman rumah landed. Lebih menguntungkan lagi, kadar sewa
apartment lebih mahal jika dibandingkan dengan rumah landed.
Jika tujuan anda membeli kediaman jenis apartment
untuk disewakan, sebenarnya anda akan dapat menjana keuntungan aliran tunai
yang positif. Ini kerana anda masih mempunyai baki hasil duit sewa walaupun
setelah anda membuat pembayaran ansuran kepada pihak bank.
2. Faktor Ruang
Bagi anda yang telah berkeluarga, pastinya faktor ini memainkan peranan yang cukup penting. Ramai yang lebih tertarik dengan hartanah jenis rumah landed disebabkan oleh ruangnya yang besar untuk didiami berbanding dengan apartment.
3. Faktor Privasi
Tidak dinafikan, ada yang mengambil faktor ini
sebagai satu faktor utama dalam membuat pemilihan ketika hendak membuat
pembelian. Ini kerana, ramai yang menginginkan suasana yang sunyi dan tahap
kepadatan penduduk yang rendah.
Jika kediaman jenis apartment, pastinya privasi
yang anda inginkan tidak memuaskan disebabkan oleh kejiranan yang padat dan
ramai. Sebaliknya pula jika dibandingkan dengan kediaman jenis landed.
4. Faktor Keselamatan
Bagi hartanah jenis kediaman apartment,
kebiasaannya segala kos seperti kawalan keselamatan juga pengurusan sampah
perlu ditanggung oleh penduduk. Kadar kosnya juga jauh lebih rendah jika
dibandingkan dengan kediaman rumah landed.
Namun begitu, sekarang, telah banyak pembangunan
rumah landed yang mengutamakan keselamatan atau mempunyai kemudahan seperti
rumah high-rise dengan kos pengurusan yang lebih kurang sama.
5. Faktor Pemilikan
Ramai pembeli hartanah yang masih memandang penting
akan faktor ini dimana jenis kediaman rumah adalah berstatus pegangan bebas
(freehold). Ini disebabkan oleh stigma masyarakat bahawa kediaman jenis
leasehold adalah lebih sukar untuk dijual dan harganya susah untuk naik.
Jadi, tidak kiralah kediaman jenis apa sekalipun,
sama ada high rise seperti kondominium dan apartment atau landed, masing-masing
mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Apa yang penting adalah keperluan kita sebagai
pengguna atau penduduk yang akan menetap di kawasan tersebut.
HAB Hartanah boleh bantu anda mengikut faktor
keperluan masing masing.
Moga impian memiliki rumah anda tercapai.
No comments:
Post a Comment