Sunday, February 27, 2022

RISIKO MEMBELI RUMAH 'DIRECT OWNER'

 

Memiliki sebuah rumah menjadi impian semua orang, tidak kira rumah itu besar atau kecil asalkan ia selesa untuk dihuni. Walau bagaimanapun, proses pembelian rumah bukan satu hal yang mudah, banyak hal yang perlu dititikberatkan.

 

Salah satunya adalah soal mencari ejen yang boleh dipercayai supaya anda tidak ditipu. Menerusi akaun Facebook milik Zulkeffly Adimun, beliau kongsikan kisah seorang pembeli rumah yang ditipu.

 

Cuma bezanya dalam kes ini, pembeli ini tidaklah ditipu oleh ejen, malah sebaliknya oleh pemilik rumah sendiri. Nak tahu lebih dalam? Ikuti perkongsian kisah di bawah dan semoga ia boleh memberi manfaat dan pengajaran.

 

KENA SCAM DENGAN OWNER???

Biasa yang kita dengar tuduhan kepada ejen “markup harga, sebab tu harga mahal. Kalau beli direct owner mesti ko dapat lebih murah”.

 

Ini terdapat satu kes, pembeli telah di’tipu’ oleh owner. Kisahnya begini:

 

Pembeli membeli rumah secara terus dari pemilik rumah tanpa melalui ejen. Tidak pasti kenapa tidak melalui ejen. Antara sebab yang mungkin ialah, pembeli tidak percaya kepada ejen atau pemilik tidak mahu menggunakan ejen sebab ingin jimat duit yuran ejen atau sebab-sebab lain.

 

Dalam kes ini, pada awalnya bank telah pun meluluskan pembiayaan sebanyak RM255k kepada pembeli. Tetapi setelah beberapa proses berlalu, pihak bank sebagaimana biasa akan menilai semula melalui jurunilai daripada panel yang dilantik oleh pihak bank. Harga yang dinilai oleh jurunilai adalah lebih rendah daripada daripada harga yang dijual oleh pemilik.

 

Tahu berapa bank luluskan? Hanya RM189,000 berbanding harga yang dijual oleh pemilik.

 

Apa kesannya kepada pembeli? Pembeli telah pun membayar deposit 10% kepada pemilik, dan duit itu telah pun habis dibelanjakan.

 

Kini pembeli amat tersepit kerana terpaksa membayar lagi RM40,000 tunai. Sedangkan semua wang simpanannya telah pun habis.

 

Apa cara nak bantu pembeli ini? Nasihat saya ialah pastikan anda membeli melalui laluan yang betul. Biar rugi sedikit jangan merana berpanjangan.

 

Ini satu contoh kerugian yang dihadapi oleh pembeli kerana ingin membeli secara terus daripada penjual. Harga kebiasaannya diletak mengikut harga jiran-jiran sebelah. “Kalau jiran aku boleh jual rumah harga RM255k, kenapa aku tak boleh jual harga ni?”

 

Sebenarnya harga rumah bukan boleh letak ikut harga jiran sebelah rumah atau depan rumah. Harga sepatutnya dinilai oleh mereka yang bertauliah dan berpengalaman di kawasan tersebut.

 

Apabila perkara ini berlaku, hubungi peguam anda dan lihat klausa di dalam Perjanjian Jualbeli yang seharusnya juga melindungi anda sebagai pembeli.

 

Jika tiada klausa yang boleh menyelamatkan anda, anda terperangkap dalam proses jualbeli yang anda sendiri mulakan.

 

Ingat, bijak lah dalam membuat keputusan terutama dalam membeli rumah.


Sumber: Siakap Keli

No comments:

Post a Comment

Zurich Takaful

  Produk Takaful Perkara berlaku. Tetapi mempunyai penyelesaian takaful yang betul boleh memudahkan menghadapi perkara yang tidak dijangka...