Thursday, February 24, 2022

5 TIPS MULAKAN MOMENTUM PAGI ANDA 🔥🔥

Dalam Psikologi, momentum pagi kita sangat berkait rapat dengan emosi.  Kita boleh bermula dengan melakukan sekecil kecil perkara untuk menaikkan momentum mood kita terdahulu,

 

1. Bersyukur

Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum melangkah kaki untuk solat, minda kita masih level "alpha state" dimana gelombang paling rendah.

Mulakan pagi kita dengan mencipta tenaga positif dengan mensyukuri diberi peluang menikmati kehidupan seperti biasa. Lihat kiri dan kanan. Alhamdulilah.

 

2. Senyuman

Sudah bersyukur, ini langkah seterusnya dengan ukirkan senyuman. Tak percaya cuba senyum fake sampai pipi nak cramp. Pipi kita ada otot.

Otot tersebut perlu dilatih selalu. Jadi lepas ni bila ada paksa senyum lama lama akan terbiasa dengan senyum.

 


3. Positif Self Talk

Sambil senyum selitkan sekali self talk yang positif positif. Berkata yang baik-baik pada diri sendiri wujudkan imiginasi keterujaan untuk mulakan pagi anda. Sambil tarik nafas sedalam dalamnya dan hembuskan.

 

4. Makan Breakfast Kegemaran

Apa emosi anda apabila melihat atau dapat makan makanan yang anda suka? Mesti teruja bukan?

Ya, salah satu untuk mewujudkan suasana pagi yang menyeronokan adalah dengan makan sarapan kegemaran. Kalau nasi lemak hari hari haha. (fikir sendiri) Makanan yang ringan seperti kuih.

 

5. Lihat Warna Terang

Dalam psikologi, warna warna yang terang atau "striking colour" dapat merangsang neuron neuron minda kita iaitu hormon kegembiraan.

Secara tak langsung warna tersebut akan mendatangkan mood semangat pada pagi kita.

 

Semoga Bermanfaat 😃

No comments:

Post a Comment

Zurich Takaful

  Produk Takaful Perkara berlaku. Tetapi mempunyai penyelesaian takaful yang betul boleh memudahkan menghadapi perkara yang tidak dijangka...