Thursday, March 17, 2022

PILIH INSURANS KENDERAAN DENGAN CERMAT, BERHATI-HATI

 

Pengguna di­sarankan agar bijak memilih insu­rans kenderaan dengan cermat dan berhati-hati bagi menjimatkan wang serta pada masa sama, memenuhi keperluan gaya hidup mereka.

 

Seiring kerisauan masyarakat terhadap bencana banjir yang sentiasa melanda di beberapa negara sebelum ini, Proton Holdings Berhad (Proton) telah berkongsi tip memilih insu­rans kenderaan yang sesuai buat pengguna di Malaysia.

 

Menurutnya, penyedia insu­rans kini semakin kreatif dalam menawarkan pakej insurans menarik, oleh itu pengguna wajar mencari polisi yang menawarkan diskaun baik ketika memperbaharui polisi atau mencari polisi baharu.

 


“Bagi yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, pelan yang digabungkan mungkin lebih bermanfaat, manakala untuk yang kurang menggunakan kenderaan mereka, terdapat pelan yang mampu memberi penjimatan dalam aspek ini.

 

“Selain itu, periksa dengan ejen setiap kali ingin memperbaharui insurans kerana mungkin terdapat pakej atau pelan baharu yang memberikan faedah menarik,” katanya dalam kenyataan.

 

Proton menjelaskan, pelanggan perlu meneliti pelan perlin­dungan insurans bagi memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, misalnya mereka yang bekerja atau tinggal di kawasan berisiko banjir wajar mengambil insurans perlin­dungan bencana itu.

 

Pemilik juga digesa mempertimbangkan perlindungan untuk pelbagai pemandu sekiranya ramai yang menggunakan kende­raan mereka,” katanya.

 

Selain itu, Proton menawarkan perlindungan untuk pelanggan melalui Program Insurans Proton.

 

“Pelanggan juga boleh memilih polisi insurans kereta daripada enam pembekal iaitu Allianz Ge­neral Insurance, AmGe­neral Insu­rance, Liberty General Insurance, Zurich General Insurance, Etiqa General Takaful dan Zurich Ge­neral Takaful) dengan ciri-ciri mudah seperti kelulusan tuntu­tan hingga RM20,000,” katanya.


Sumber: kosmo!

Wednesday, March 16, 2022

JENIS PANADOL DAN KEGUNAANNYA

Jangan silap makan panadol, ini jenis-jenis panadol yang wajib kita tahu fungsi dan kegunaannya.....

Berikut beberapa jenis-jenis panadol yang dijual di pasaran, dos yang dicadangkan dan fungsi seperti yang dikongsi pegawai farmasi tersebut.


1) Panadol Optizorb (PCM 500mg)

PCM jenis itu mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Hasilnya, ubat akan lebih cepat hancur di dalam badan dan PCM lebih mudah dan cepat diserap. Kesannya dapat dirasai seawal 15 minit.

PCM jenis itu tidak mempunyai sodium, jadi ia sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.


2) Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)

Sodium berfungsi mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil. Jadi, kita akan dapat merasakan kesannya dengan lebih cepat kerana kandungan sodium tinggi.

Namun, panadol jenis itu tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.


3) Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)

Kafein digunakan untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat. Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain.

Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mempunyai kandungan kafein.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.


4) Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)

Ddigunakan oleh pesakit yang sukar untuk menelan ubat jenis tablet. Mudah sahaja, caranya, hanya larutkan ubat dalam satu gelas air.

Memandangkan PCM ini mempunyai kandungan sodium yang tinggi, ia tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.


5) Panadol Extend (PCM 665mg)

Mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat.

Kesan ubatnya akan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan ia sesuai untuk pesakit kronik.

Dos: 2 biji setiap 6 hingga 8 jam 3 kali sehari.


6) Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)

Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid.

Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.

Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

“Ingat ya, maksimum dos untuk PCM hanya 4000 miligram atau 4 gram sehari sahaja. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya."


Sumber: Sinar Harian


Sunday, March 6, 2022

Takziah Buat Mangsa Banjir

 

Laman Pemburu Impian mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini tak kira di mana saja anda berada. Moga kalian bersabar, dipermudahkan urusan serta terganti dengan lebih baik atas sebarang kehilangan.

Untuk pengetahuan insurans kenderaan boleh ditambah pakej perlindungan untuk bencana banjir. Bagi yang berdekatan kawasan mudah banjir, seeloknya dapatkan pakej tersebut.

Moga bebanan kerugian kerosakan dapatlah ditampung.

Hubungi kami jika berminat, di link wasap

HAB4insurans 

HAB4insurans2


Sunday, February 27, 2022

Kadar Kemalangan Meningkat Setiap Tahun

 

Terdapat dua jenis kaedah pengumpulan yang dijalankan, iaitu melalui penyiasatan kes kemalangan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM), serta melalui operasi penyiasatan dan rekonstruksi kemalangan berasaskan kaedah penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Penyiasatan yang dijalankan oleh pihak PDRM adalah di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meliputi kesemua peringkat kemalangan jalan raya. Manakala, penyiasatan dan rekonstruksi kemalangan berasaskan kaedah penyelidikan yang dijalankan oleh MIROS bertujuan mengenalpasti faktor kemalangan dan kecederaan mangsa, dari aspek pengguna, kenderaan serta jalan raya dan persekitaran. Penyiasatan oleh MIROS dijalankan menggunakan dua kaedah, iaitu retrospective dan on-the-spot, bergantung kepada tahap sesuatu kes kemalangan tersebut.

Mengikut sumber MOT, kadar kemalangan jalan raya dari tahun ke tahun.

Gambarajah dibawah menunjukkan kemalagan dari tahun 2014 ke 2019, 2020 PKP lah..

Jadi, pentingnya kita mempunyai insurans kenderaan yang kita naiki. Malang tidak berbau, boleh jadi kita akan terlibat dalam kadar kemalangan ini.

Adanya insurans, dapatlah menampung beban kos kemalangan tersebut.

Anda disarankan perbaharui insurans dan cukai jalan di HAb4Insurans seperti link di bawah.

HAB4insurans 1

HAB4insurans 2

RISIKO MEMBELI RUMAH 'DIRECT OWNER'

 

Memiliki sebuah rumah menjadi impian semua orang, tidak kira rumah itu besar atau kecil asalkan ia selesa untuk dihuni. Walau bagaimanapun, proses pembelian rumah bukan satu hal yang mudah, banyak hal yang perlu dititikberatkan.

 

Salah satunya adalah soal mencari ejen yang boleh dipercayai supaya anda tidak ditipu. Menerusi akaun Facebook milik Zulkeffly Adimun, beliau kongsikan kisah seorang pembeli rumah yang ditipu.

 

Cuma bezanya dalam kes ini, pembeli ini tidaklah ditipu oleh ejen, malah sebaliknya oleh pemilik rumah sendiri. Nak tahu lebih dalam? Ikuti perkongsian kisah di bawah dan semoga ia boleh memberi manfaat dan pengajaran.

 

KENA SCAM DENGAN OWNER???

Biasa yang kita dengar tuduhan kepada ejen “markup harga, sebab tu harga mahal. Kalau beli direct owner mesti ko dapat lebih murah”.

 

Ini terdapat satu kes, pembeli telah di’tipu’ oleh owner. Kisahnya begini:

 

Pembeli membeli rumah secara terus dari pemilik rumah tanpa melalui ejen. Tidak pasti kenapa tidak melalui ejen. Antara sebab yang mungkin ialah, pembeli tidak percaya kepada ejen atau pemilik tidak mahu menggunakan ejen sebab ingin jimat duit yuran ejen atau sebab-sebab lain.

 

Dalam kes ini, pada awalnya bank telah pun meluluskan pembiayaan sebanyak RM255k kepada pembeli. Tetapi setelah beberapa proses berlalu, pihak bank sebagaimana biasa akan menilai semula melalui jurunilai daripada panel yang dilantik oleh pihak bank. Harga yang dinilai oleh jurunilai adalah lebih rendah daripada daripada harga yang dijual oleh pemilik.

 

Tahu berapa bank luluskan? Hanya RM189,000 berbanding harga yang dijual oleh pemilik.

 

Apa kesannya kepada pembeli? Pembeli telah pun membayar deposit 10% kepada pemilik, dan duit itu telah pun habis dibelanjakan.

 

Kini pembeli amat tersepit kerana terpaksa membayar lagi RM40,000 tunai. Sedangkan semua wang simpanannya telah pun habis.

 

Apa cara nak bantu pembeli ini? Nasihat saya ialah pastikan anda membeli melalui laluan yang betul. Biar rugi sedikit jangan merana berpanjangan.

 

Ini satu contoh kerugian yang dihadapi oleh pembeli kerana ingin membeli secara terus daripada penjual. Harga kebiasaannya diletak mengikut harga jiran-jiran sebelah. “Kalau jiran aku boleh jual rumah harga RM255k, kenapa aku tak boleh jual harga ni?”

 

Sebenarnya harga rumah bukan boleh letak ikut harga jiran sebelah rumah atau depan rumah. Harga sepatutnya dinilai oleh mereka yang bertauliah dan berpengalaman di kawasan tersebut.

 

Apabila perkara ini berlaku, hubungi peguam anda dan lihat klausa di dalam Perjanjian Jualbeli yang seharusnya juga melindungi anda sebagai pembeli.

 

Jika tiada klausa yang boleh menyelamatkan anda, anda terperangkap dalam proses jualbeli yang anda sendiri mulakan.

 

Ingat, bijak lah dalam membuat keputusan terutama dalam membeli rumah.


Sumber: Siakap Keli

Thursday, February 24, 2022

5 TIPS MULAKAN MOMENTUM PAGI ANDA 🔥🔥

Dalam Psikologi, momentum pagi kita sangat berkait rapat dengan emosi.  Kita boleh bermula dengan melakukan sekecil kecil perkara untuk menaikkan momentum mood kita terdahulu,

 

1. Bersyukur

Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum melangkah kaki untuk solat, minda kita masih level "alpha state" dimana gelombang paling rendah.

Mulakan pagi kita dengan mencipta tenaga positif dengan mensyukuri diberi peluang menikmati kehidupan seperti biasa. Lihat kiri dan kanan. Alhamdulilah.

 

2. Senyuman

Sudah bersyukur, ini langkah seterusnya dengan ukirkan senyuman. Tak percaya cuba senyum fake sampai pipi nak cramp. Pipi kita ada otot.

Otot tersebut perlu dilatih selalu. Jadi lepas ni bila ada paksa senyum lama lama akan terbiasa dengan senyum.

 


3. Positif Self Talk

Sambil senyum selitkan sekali self talk yang positif positif. Berkata yang baik-baik pada diri sendiri wujudkan imiginasi keterujaan untuk mulakan pagi anda. Sambil tarik nafas sedalam dalamnya dan hembuskan.

 

4. Makan Breakfast Kegemaran

Apa emosi anda apabila melihat atau dapat makan makanan yang anda suka? Mesti teruja bukan?

Ya, salah satu untuk mewujudkan suasana pagi yang menyeronokan adalah dengan makan sarapan kegemaran. Kalau nasi lemak hari hari haha. (fikir sendiri) Makanan yang ringan seperti kuih.

 

5. Lihat Warna Terang

Dalam psikologi, warna warna yang terang atau "striking colour" dapat merangsang neuron neuron minda kita iaitu hormon kegembiraan.

Secara tak langsung warna tersebut akan mendatangkan mood semangat pada pagi kita.

 

Semoga Bermanfaat 😃

Peraturan baru cermin gelap JPJ 2021

 

"Tinted" adalah sudah jadi satu keperluan bagi setiap kenderaan untuk mendapatkan keselasaan yang daripada haba panas matahari atau silau cahaya, tak kurang juga ada memerlukannya bagi tujuan mempunyai privasi dalam kenderaan supaya tidak kelihatan oleh pandangan luar.

Namun di atas faktor-faktor keselamatan jalan raya, JPJ telah menggariskan peraturan untuk menggunakan cermin gelap atau "tinted".

Boleh dapatkan perlindungan insurans cermin dengan kami.

Hubungi kami jika berminat, di link wasap

( https://wa.me/+60178201697?text=renew )

( https://wa.me/+60164919747?text=renew )

Zurich Takaful

  Produk Takaful Perkara berlaku. Tetapi mempunyai penyelesaian takaful yang betul boleh memudahkan menghadapi perkara yang tidak dijangka...